Monday, June 8, 2009

Assalammualaikum W.B.T

Salam semua di sini saya ingin mengumumkan bahawa REUNION yang telah diwar-warkan sebelum nie tidak dapat diteruskan kerana tidak mendapat sambutan daripada ex student yang lain tetapi bukan kesemuanya hanya segelintir sahaja tetapi masih lagi tidak dapat diteruskan ,disebabkan perkara tersebutlah Pengerusi dan Penasihat untuk majlis ini mengambil keputusan drastik untuk membatalkan sahaja majlis nie.

saya berasa amat keciwa malah ahli komuniti majlis ini juga keciwa kerana terdapat ex stundent yang telah pun semangat KRS sudah luntur setelah tamat nya persekolahan.untuk yang support majlis ini terima kasih bebanyak.

sekian,

2 comments:

  1. Assallamualaikum

    Saya harap cikgu2, X-KRS & ahli2 KRS SMK Raja Abdullah semuanya sihat2 belaka dan diberkati olehNya. Dan semoga roh Allahyarham guru kita En Muhammad Thani Shaaban ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan ahli2 syurga.
    Di sini saya ingin berkongsi rasa dukacita saya buat semua yang terlibat dalam perancangan majlis Gathering KRS. Saya berharap agar semua X-KRS dan ahli2 KRS tidak berputus asa serta merancang semula majlis yang mulia ini. Kita yang telah dididik secara rohani, mental & fizikal tidak harus mudah mengalah serta perlu mencari kekuatan untuk bangun semula dan seterusnya bersatu dalam segala aspek.
    Berdasarkan pengamatan saya, izinkan saya memberi sedikit komen yang mungkin boleh kita sama2 gunakan untuk membaiki perancangan majlis2 KRS yang akan datang.
    1. Setelah menamatkan persekolahan, masing2 akan menempuh jalan hidup masing2 yang jarang bertembung antara satu sama lain. Masing2 mempunyai commitment yang menyebabkan aktiviti2 tertentu terbatas pergerakannya. Namun semua itu boleh diatasi sekiranya kita dapat merancang masa dengan baik dan teratur. Saya berpendapat, setiap X-KRS & ahli2 KRS SMK Raja Abdullah perlu didaftarkan di dalam satu 'database' dengan semua maklumat penting seperti phone no, email, blog dan lain2. Berdasarkan 'database' yang 'documented' ini adalah lebih mudah bagi kita mengakses & menyebarkan maklumat dengan lebih berkesan. Apa yang berlaku semasa penyebaran maklumat untuk Gathering KRS adalah lebih kepada 'sampai-menyampaikan'. Walaupun cara ini lebih mesra tetapi kita tidak mengetahui dengan tepat tentang berapa ramai X-KRS yang benar2 telah mendapatkan maklumat serta 'alert' dengan apa yang berlaku. Namun, pengumpulan maklumat untuk 'database' ini akan mengambil sedikit masa. Tetapi kita boleh mempelbagaikan cara untuk dapatkan maklumat ini. Boleh?
    2. Saya membayangkan bahawa bukan semua antara kita yang mempunyai kemampuan untuk membayar RM50 (tolak bowling). Sama ada ketidakmampuan ini berbentuk sementara (cth: banyak guna duit bulan ini @ masih student di Universiti/Kolej) atau yang berbentuk jangka panjang (cth: kerja yang kurang pendapatan @ belanja bulanan tinggi / sudah berkahwin). Maafkan saya sekiranya saya menggunakan perkataan 'Too Ambitious' untuk RM50 ini. Saya memahami tentang tempat yang dipilih itu memerlukan kos yang agak mahal tetapi untuk peringkat awal ini mungkin kita boleh memilih tempat yang tidak memerlukan kos yang tinggi. Mungkin cukup sekiranya kita dapat sekadar mengadakan 'Barbeque' dirumah orang2 tertentu sebagai permulaan untuk mengikat tali persaudaraan yang sekian lama jauh. Maafkan saya sekiranya ada yang terasa hati dengan kenyataan saya ini tetapi kita perlu sedar bahawa hal2 yang berkaitan dengan 'duit' ini tentu saja akan membawa kepada persepsi yang berbeza-beza.
    3. Berkenaan dengan perancangan pula, saya berpendapat setiap 'batch' perlu dilibatkan dalam setiap mesyuarat. Ini bermakna setiap 'batch' akan menghantar wakil ke mesyuarat tersebut untuk menyatakan pendapat mereka. Mungkin perkara ini agak sukar, tetapi dengan 'database' tadi mungkin kita dapat merealisasikannya. Kita perlu sedar bahawa sejarah KRS telah bermula sejak hujung tahun 80-an lagi dan mereka ini perlu dihubungi dan dilibatkan. Saya berpendapat mereka ini masih boleh dihubungi kerana Cikgu Amir yang kita sayangi adalah diantara personal yang mereka kenali yang bersama-sama berjuang atas nama KRS ini. Kita hanya perlu menanamkan sikap 'Hendak Seribu Daya'.
    Apa yang saya tuliskan ini bukanlah untuk menyinggung mana2 pihak tetapi hanya sekadar berkongsi pendapat supaya perjuangan KRS ini dapat diteruskan sampai bila2. Kejayaan KRS yang kita lihat hari ini bukanlah satu perjuangan yang mudah yang dilalui oleh Allahyarham Cikgu Thani, pengasas2, Cikgu Amir dan lain2 tetapi suatu perjuangan yang penuh air mata. Janganlah dek kerana sudah terjatuh kita berputus asa untuk berdiri semula. 'Kerana Syurga Itu Di Pagari Ujian'...

    ReplyDelete
  2. wasalam bro sufi,

    terima kasih diatas kesudian brader untuk memberi pendapat,sebenarnya utk reunion kali ini adalh utk mengumpul database seperti yang brader usul kan pada soalan 1,kerana time itu juga kami akan melancarkan laman web utk xkrs raja abdullah ini,
    berkenaan dengan harga itu saya berpendapat tidak la berapa mahal tapi bila last minit bincang dan sambutan pulok kurang baru kami menyedari bahawa harga tersebut begitu mahal buat xkrs raja abdullah,bagi yang baru abis sekolah saya paham dan yang sedang blaja.
    manakala utuk setiap batch yang brader war-warkan supaya ada wakil ,sebenarnya semua 2 kami sudah buat pengerusi pun bila ada meeting messti habis prepaid sms dan tel mereka supaya hadir utk meeting ,tapi apa yang ada cumelah ahli komuniti yang tetap sahaja,muka2 yang sama sahaja ,

    tapi saya rasa ada kemungkinan reunion ini akan dibuat kembali tapi masa saya tidak tahu lagi ,kali ini kami hanjya jemput mereka yang benar2 hendak pergi sahaja ,dan bayaran yang akan dikenakan mungkin dikurangkan,

    sekali lagi terima kasih diatas info yang diberikan

    ReplyDelete